Isnin, 23 Jun 2008

Rompakan dan samun berpunca dari kesempitan hidup?











Salam sejahtera semua!

Hari ini sahaja (23hb Jun 2008) diakhbar Harian Metro dan warta berita di t.v
terdapat 3 kejadian rompakan di sekitar ibu negara membabitkan rompakan mesin ATM di sebuah stesen minyak, rompakan disebuah restoran terkenal Pizza Hut dan di kedai barangan elektrik terkenal telah berlaku.
Akhir-akhir ini telah semakin banyak kejadian rompakan berlaku. Kes samun menjadi-jadi, kes ragut semakin berleluasa. Persoalannya, kenapa kejadian seperti ini harus berlaku? Apakah kerana rakyat di negara ini tidak diberikan kesempurnaan pelajaran dan pendidikan agama? Atau apakah kerana keadaan ekonomi mendesak untuk mereka melakukan tindakan nekad yang menyalahi undang-undang negara.
Pada pendapat peribadi saya, manusia akan bertindak sesuatu tanpa membuat pertimbangan wajar apabila berada dalam keadaan terdesak. Kenapa mereka tidak bertindak dengan lebih bijak dalam menangani keadaan ini dari melakukan jenayah? Mungkin mereka tidak didedahkan cara-cara untuk mendapatkan pendapatan yang menguntungkan untuk mereka sebagai contoh dengan menceburi perniagaan.
Jadi, apa pendapat anda pula? Maka fikir-fikirkanlah ya!

Khamis, 12 Jun 2008

Kerja sampingan merendahkan mutu kerja?


Assalamualaikaum semua!
Kerajaan telah membenarkan kakitangan awam membuat kerja sampingan. Bermakna Kerajaan sudah berikan lampu hijau untuk kakitangannya menambahkan pendapatan.
Ada juga komen yang memberikan pendapat tidak setuju kerana akan menjejaskan mutu kerja.
Janganlah sempitkan minda anda. Yang pertama sepatutnya jangan bekerja lebih daripada pukul 11.00pm. Yang kedua, ada jenis-jenis pendapatan sampingan yang tidak membawa kesan pun kepada mutu kerja sepenuh masa. Contoh jika anda buat bisnes Internet dan mail order konvensional hanya di rumah dan masa selalunya kurang dari 4 jam sahaja!
Jadi, apa pendapat anda?

Ahad, 8 Jun 2008

Harga minyak melonjak naik!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Mungkin saya terlambat beberapa hari untuk memberi komen berkenaan hal ini adalah kerana kesibukan kerja harian dan menguruskan laman web baru saya di www.glowglokal.com. Sungguhpun begitu, kehangatan dari kesan kenaikan harga minyak itu amat di rasai bukan sahaja saya, malah seluruh rakyat Malaysia. Pada hari tersebut 5 Jun 2008 ketika itu jam 6.00pm saya mengambil isteri di tempat kerja dan anak saya di rumah ibu mertua saya. Jalan raya penuh sesak! Tempiasnya juga saya rasakan walau saya tidak berniat untuk isi minyak ketika itu.
Jika rakyat Malaysia ini mempunyai cara mengawal dan menguruskan kewangan dengan baik, serta mempunyai pendapatan yang baik, saya rasa masalah kesesakan lalulintas ini tidak berlaku kerana apa yang kita tahu hari itu, pada satu hari itu sahajalah peluang untuk mendapat harga minyak yang sedia ada, sebelum ia naik jam 12.00 malam.
Memang kita rakyat yang kerdil ini tidak dapat mengelak perkara ini untuk terus berlaku. Suara kita tidak begitu kuat untuk menahannya dari terus naik. Tetapi jika kita mempunyai wang yang banyak setiap hari kita mungkin tidak akan berebutkan minyak untuk diisi pada hari tersebut.