Sabtu, 13 Disember 2008

Guna Apa Sahaja Cara Untuk Berjaya!

Salam sejahtera rakan-rakan pembaca!

Jika hendakkan kejayaan walau apa jua bidang yang kita inginkan, anda perlukan matlamat yang jelas serta berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Pengalaman kerja saya sebagai juruteknik dahulu adalah untuk menjalankan sebuah mesin yang rosak sehingga dapat digunakan dan menghasilkan produk untuk syarikat.

Kerja saya amat menitik beratkan kepantasan membuat sebarang keputusan agar jentera yang dibaiki dengan segera dapat digunakan kerana produk serta keuntungan syarikat adalah bergantung kepada kepantasan saya membaikinya.

Saya selalu berhadapan dengan ketiadaan barang gantian sekiranya terdapat kerosakan. Apa yang perlu saya buat ketika itu adalah supaya mesin dapat diperbaiki walau dengan apa cara sekali pun. Saya biasa dengan tindakan itu dengan daya kreativiti serta berusaha mencari jalan untuk menyiapkan kerja secepat yang mungkin.

Dan hasilnya apabila ada kesungguhan dan selalu melakukannya saya dapat mengatasi banyak masalah berkaitannya. Rakan tersenyum bangga, Bos memuji dan saya berasa amat puas dengan hasil yang saya dapat selesaikan. Begitu juga dengan kehidupan dan bisnes. Buatlah apa sahaja cara anda agar berjaya seperti apa yang anda impikan!

P/s: Jangan buat sesuatu yang salah di sisi agama atau melanggar undang-undang sudahlah ya!?

Isnin, 8 Disember 2008

Datuk Shah Rukh Khan Berpakaian Baju Melayu

Darjah atau gelaran Datuk/Dato'/Tan Sri dan sebagainya adalah diberikan penganugerahannya oleh Yang Di Pertua atau DYMM Sultan setiap negeri di Malaysia. Ia diberikan adalah berdasarkan beberapa sebab antaranya anugerah kerana sumbangan, perkhidmatan, jasa, kejayaan dalam beberapa bidang, kemashuran serta kekayaan dan sebagainya.

Apabila anugerah ini diterima ia akan menaikkan martabat dan nilai diri seseorang. Penganugerahan darjah kebesaran ini juga adalah sebagai menghargai sumbangan penerima untuk negeri khususnya dan negara secara amnya. Kelebihannya, mengikut kebiasaan rezeki semakin mencurah-curah kerana umum akan lebih mengenali dan banyak perkara berjaya memberikan impak positif kepada diri penerima anugerah.

Penganugerahan darjah Datuk kepada Datuk Shah Rukh Khan memberikan pendapat yang berbeza di kalangan ahli Parlimen sendiri. Adakah anda bersetuju dengan penganugerahan gelaran Datuk kepada Datuk Shah Rukh Khan? Adakah selama sebelum Datuk Shah Rukh Khan mendapat gelaran Datuk beliau banyak menyumbangkan sesuatu untuk Malaysia?

Atau adakah benar selepas mendapat gelaran Datuk, Datuk Shah Rukh Khan akan memberikan impak yang besar ekonomi yang positif untuk negeri Melaka atau negara ini? Atau setidak-tidaknya sumbangannya akan berjaya memberikan sesuatu yang bernilai untuk Malaysia kini atau masa hadapan negara ini? Jika Datuk Michelle Yeoh seorang pelakon hebat yang dikenali seluruh dunia mendapat gelaran Datuk kita mungkin bersetuju kerana Datuk Michelle Yeoh asalnya adalah kelahiran Malaysia. Pendapat anda bagaimana?