Isnin, 12 Januari 2009

Blog sudah berpindah!

Salam sejahtera kawan2!
Saya dah memindahkan blog ini ke alamat baru di
http://glowglokal.com/blog

check it out! ada ulasan terbaru di sana!

Khamis, 1 Januari 2009

Apa Azam Baru Tahun 2009?

Salam sejahtera kepada rakan pembaca!
Tahun 2008 telah kita tinggalkan bersama-sama. Tiada satu orang pun yang masih ada 1, 2 atau 3 hari lagi tahun 2008. Semuanya sama. Ha, jadi bermakna peluang untuk memperbaiki kehidupan kita juga turut sama kan? Masa untuk semua orang juga sama... semua akan dapat 24 jam sehari betul tak? ^_^

Telah banyak kenangan yang berlaku pada tahun 2008. Ada yang suka dan ada juga mungkin yang berduka yang di tinggalkan dalam kenangan tahun 2008. Berjaya atau menghadapi kegagalan dalam matlamat yang telah dibuat untuk 2008 kini boleh di perbaiki lagi pada tahun 2009 ini. Azam yang tidak tercapai juga dapat di sambung semula tahun ini.

Tahun 2008, saya menapak dalam dunia bisnes ini dengan sangat perlahan, tetapi hikmah di sebalik itu, banyak ilmu yang saya pelajari untuk dijadikan bekalan untuk saya lebih berjaya tahun ini. Walau tahun 2008 dan tahun 2007 itu saya banyak berguru dengan beberapa tokoh usahawan terkenal, tetapi sebagai manusia, saya masih banyak membuat kesilapan yang saya lakukan.

Tahun 2009 adalah tahun yang mencabar kepada sesiapa yang membuka bisnes. Kerana ekonomi dijangkakan terjejas teruk tahun ini. Tapi perlukah kita risau akan perkara ini? Rezeki tu tetap ada, janganlah bimbang... Kepada yang kreatif, akan mengeksploitasikan kesukaran itu jadikan peluang untuk melipat gandakan keuntungan. Dalam kesempitan ada kesempatan!

Owh, ya! Apa azam anda tahun ini? Masih tak buat azam lagi? Atau sudah berputus asa untuk membuat azam yang saban tahun tak menjadi? Anda masih lagi belum terlambat. Anda nak tahu apa azam saya tahun ini? Sebenarnya saya dah susun sejak tahun 2008 lagi. Tetapi secara umumnya saya akan senaraikan azam utama saya untuk tahun 2009!
  • Memperbaiki kelemahan dalam bisnes, laman web, persembahan penyampaian, perkhidmatan dan... senang cerita segala kelemahanlah.
  • Cuba untuk menonjolkan diri agar lebih dikenali dengan beberapa strategi. (Jangan bimbang, saya ikhlas... ^_^ )
  • Agar kehadiran saya di kalangan rakan-rakan akan lebih di senangi.
  • Secara umumnya saya ingin lebih berjaya menjadi IM dan dalam Mail Order Konvensional.
  • Menambah satu lagi laman web.
  • Membuat blog sendiri dalam erti kata lain, blog berbayar...
Untuk membuat azam dan terlaksana, anda mesti menulisnya dan menampal, meletak ke tempat yang sering anda masuk dan anda melihatnya atau memberitahu orang-orang terdekat dengan diri anda yang anda senang untuk berbual dengannya. Kiranya azam ni caranya sama juga seperti anda membuat matlamatlah. Itu cara saya untuk menjadikan azam itu lebih berjaya atau tercapai. So, apa pula azam anda tahun ini?