Sabtu, 13 Disember 2008

Guna Apa Sahaja Cara Untuk Berjaya!

Salam sejahtera rakan-rakan pembaca!

Jika hendakkan kejayaan walau apa jua bidang yang kita inginkan, anda perlukan matlamat yang jelas serta berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Pengalaman kerja saya sebagai juruteknik dahulu adalah untuk menjalankan sebuah mesin yang rosak sehingga dapat digunakan dan menghasilkan produk untuk syarikat.

Kerja saya amat menitik beratkan kepantasan membuat sebarang keputusan agar jentera yang dibaiki dengan segera dapat digunakan kerana produk serta keuntungan syarikat adalah bergantung kepada kepantasan saya membaikinya.

Saya selalu berhadapan dengan ketiadaan barang gantian sekiranya terdapat kerosakan. Apa yang perlu saya buat ketika itu adalah supaya mesin dapat diperbaiki walau dengan apa cara sekali pun. Saya biasa dengan tindakan itu dengan daya kreativiti serta berusaha mencari jalan untuk menyiapkan kerja secepat yang mungkin.

Dan hasilnya apabila ada kesungguhan dan selalu melakukannya saya dapat mengatasi banyak masalah berkaitannya. Rakan tersenyum bangga, Bos memuji dan saya berasa amat puas dengan hasil yang saya dapat selesaikan. Begitu juga dengan kehidupan dan bisnes. Buatlah apa sahaja cara anda agar berjaya seperti apa yang anda impikan!

P/s: Jangan buat sesuatu yang salah di sisi agama atau melanggar undang-undang sudahlah ya!?

Isnin, 8 Disember 2008

Datuk Shah Rukh Khan Berpakaian Baju Melayu

Darjah atau gelaran Datuk/Dato'/Tan Sri dan sebagainya adalah diberikan penganugerahannya oleh Yang Di Pertua atau DYMM Sultan setiap negeri di Malaysia. Ia diberikan adalah berdasarkan beberapa sebab antaranya anugerah kerana sumbangan, perkhidmatan, jasa, kejayaan dalam beberapa bidang, kemashuran serta kekayaan dan sebagainya.

Apabila anugerah ini diterima ia akan menaikkan martabat dan nilai diri seseorang. Penganugerahan darjah kebesaran ini juga adalah sebagai menghargai sumbangan penerima untuk negeri khususnya dan negara secara amnya. Kelebihannya, mengikut kebiasaan rezeki semakin mencurah-curah kerana umum akan lebih mengenali dan banyak perkara berjaya memberikan impak positif kepada diri penerima anugerah.

Penganugerahan darjah Datuk kepada Datuk Shah Rukh Khan memberikan pendapat yang berbeza di kalangan ahli Parlimen sendiri. Adakah anda bersetuju dengan penganugerahan gelaran Datuk kepada Datuk Shah Rukh Khan? Adakah selama sebelum Datuk Shah Rukh Khan mendapat gelaran Datuk beliau banyak menyumbangkan sesuatu untuk Malaysia?

Atau adakah benar selepas mendapat gelaran Datuk, Datuk Shah Rukh Khan akan memberikan impak yang besar ekonomi yang positif untuk negeri Melaka atau negara ini? Atau setidak-tidaknya sumbangannya akan berjaya memberikan sesuatu yang bernilai untuk Malaysia kini atau masa hadapan negara ini? Jika Datuk Michelle Yeoh seorang pelakon hebat yang dikenali seluruh dunia mendapat gelaran Datuk kita mungkin bersetuju kerana Datuk Michelle Yeoh asalnya adalah kelahiran Malaysia. Pendapat anda bagaimana?

Jumaat, 28 November 2008

Eksploitasi Minat dan Peluang Untuk Wang. Bagaimana?




Salam sejahtera rakan-rakan pembaca sekelian!
Ha... Kali ni saya nak kongsikan dengan anda bagaimana cara untuk mengeksploitasi peluang menjadi wang!
Dunia ini penuh wang. Adakah anda semua sedar akan perkara ini? Fakta ini memang benar, cuma kita sahaja tak disedarkan akan hal ini. Kita juga tak nampak peluang yang terhidang kerana ramai di antara kita tidak membuka minda dengan kreatif. Itu semua adalah normal untuk semua orang. Saya juga tidak menyedarinya dahulu. Terdapat pelbagai cara untuk membuka minda untuk jadi kreatif. Yang paling penting, apakah minat dan kecenderungan kita untuk melakukan sesuatu.
Sesuatu yang anda minat akan membuatkan kita membuat sesuatu perkara dengan senang hati dan enjoy! Saya berikan anda contoh jika anda mempunyai minat menanam bunga. Jika anda hanya menanam bunga hanya sebagai minat sahaja ia amat merugikan. Terfikirkah anda dengan minat menanam bunga itu anda boleh hasilkan wang? Jika anda berusaha ke arah ingin jadi kreatif dan inovatif, bunga yang biasa orang lain lihat dengan warna dan rupa yang biasa akan jadi luarbiasa apabila anda jadikan bunga itu spesis baru. Kebiasaannya jika anda minat menanam bunga, anda akan tahu bagaimana untuk menambah koleksi bunga-bungaan anda. Jika tak pun kini mudah untuk anda belajar dari pelbagai sumber. Mungkin dengan mengeksploitasi perkara tersebut anda akan jadi jutawan kerana penemuan terbaru dari anda? Kenapa tak jadikan minat anda ini menjadi wang?


Banyak lagi cara bagaimana anda mengeksploitasi peluang dan kesukaran orang lain menjadi wang untuk anda! Adakah anda tahu? Pencipta pemadam kesalahan ejaan berasaskan cat yang pertama Liquid Paper, adalah seorang wanita yang selalu membuat kesalahan ejaan ketika menaip? Dari kreativiti beliau sendiri dengan hanya membuka sedikit minda untuk kesenangan dirinya telah membuka dimensi baru untuk orang lain, memudahkan orang lain dan juga menjadikan wanita ini kaya dengan hasil ciptaannya. Nampak ideanya kecil, tapi impaknya besar!
Ada juga cerita bagaimana seorang berbangsa India mengeksploitasi kesukaran penduduk sebuah pangsapuri untuk membasuh kereta mereka lalu beliau menawarkan perkhidmatan membasuh kereta di Pangsapuri tersebut dengan mengambil upah. Dahulu dari tiada apa-apa, kini sudah ada van dan pekerja sendiri pula. Anda bagaimana? Jadi, fikir-fikirkanlah...

Ahad, 23 November 2008

Pengaruhi jualan anda dengan Surat Jualan!



Apa khabar semua! Kali ini saya bawakan anda dengan pengaruh Surat Jualan. Surat Jualan bolehlah disama ertikan sebagai katalog, flier, pamplet dan sebagainya. Surat jualan adalah penting untuk bisnes mail order. Surat jualan juga penting untuk bisnes konvensional yang lainnya.

Surat jualan yang baik adalah surat jualan yang efektif kerana dengannya jualan anda akan terhasil malah akan berganda! Tetapi ramai yang mempergunakan surat jualan semata-mata untuk memberikan keuntungan kepada mereka tetapi mempunyai niat hanya untuk mengaut keuntungan peribadi tanpa memikirkan nasib pengguna yang telah membeli produk mereka.

Apa yang dikesalkan produk mereka ini tiada kualiti, tidak mempunyai kesan dan lebih teruk terdapat unsur-unsur penipuan yang tidak disedari pembeli. Ini amat menyedihkan. Surat Jualan mempunyai etikanya yang tersendiri. Ia nya yang pasti mestilah telus agar bisnes yang dijalankan akan terus kekal dan berkembang.

Tidak semestinya untuk mendapatkan keuntungan, surat jualan itu di tulis hanya untuk membuatkan diri orang lain teruja, tetapi yang paling penting fakta yang ditulis itu adalah benar dan bukan sekadar suka-suka tulis untuk 'gempak' dan untuk melariskan jualan walhal nilai produk itu tidak seperti yang diharapkan.

Untuk usahawan SOHO, dan juga untuk mengingatkan diri saya juga, tulislah dengan fakta yang sebenarnya. Masih banyak lagi cara bagaimana untuk menjadikan surat jualan itu kelihatan menarik, teruja dan membuatkan orang membeli.

Khamis, 20 November 2008

Business SOHO. Teknik dan Kegagalan





Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabatku sekelian.

Pertama sekali saya ingin terangkan apakah yang di maksudkan SOHO. Kepada rakan-rakan yang belum ketahui apa makna SOHO itu akan saya terangkan. SOHO bukan bererti Tersohor atau terkenal, ia berasal dari singkatan ayat yang bermaksud Small Office Home Office.

Jadi jika anda terlibat atau ingin melibatkan diri dalam bisnes yang asasnya adalah bekerja dari rumah itulah yang dimaksudkan SOHO. Bekerja dan susun atur pejabat yang dibuat di rumah telah menjadi trend yang amat popular di negara maju. Di Malaysia belum ramai lagi yang menceburi bisnes seperti ini walaupun semakin hari semakin bertambah yang buat bisnes ini.

Ada juga yang dilakukan secara sambilan dan ada juga yang dilakukan sepenuh masa. SOHO pada asasnya terbahagi kepada dua. Yang pertama secara konvensional iaitu seperti mail order, bisnes yang menggunakan medium pengiklanan di akhbar dan majalah sebagai satu cara promosi. Manakala yang ke dua yang ramai sudah ketahui ialah dengan menggunakan medium Internet untuk operasi bisnes. Secara asasnya kedua-duanya amat menitik beratkan soal iklan dan promosi. Jika teknik yang digunakan dengan betul ia akan membuahkan hasil yang lumayan. Tetapi jika di lakukan dengan teknik yang salah, bisnes ini akan gagal dan tak mampu bertahan lama.
Bisnes SOHO ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai modal yang kecil dan yang penting, jika anda seorang pemalu untuk membuat bisnes sebelum ini, SOHO merupakan bisnes yang amat sesuai. Adakah anda ingin ikut jejak langkah jutawan yang sudah menceburi bisnes ini seperti Dr. Irfan Khairi, saudara Alang, dan ramai lagi?

Isnin, 23 Jun 2008

Rompakan dan samun berpunca dari kesempitan hidup?











Salam sejahtera semua!

Hari ini sahaja (23hb Jun 2008) diakhbar Harian Metro dan warta berita di t.v
terdapat 3 kejadian rompakan di sekitar ibu negara membabitkan rompakan mesin ATM di sebuah stesen minyak, rompakan disebuah restoran terkenal Pizza Hut dan di kedai barangan elektrik terkenal telah berlaku.
Akhir-akhir ini telah semakin banyak kejadian rompakan berlaku. Kes samun menjadi-jadi, kes ragut semakin berleluasa. Persoalannya, kenapa kejadian seperti ini harus berlaku? Apakah kerana rakyat di negara ini tidak diberikan kesempurnaan pelajaran dan pendidikan agama? Atau apakah kerana keadaan ekonomi mendesak untuk mereka melakukan tindakan nekad yang menyalahi undang-undang negara.
Pada pendapat peribadi saya, manusia akan bertindak sesuatu tanpa membuat pertimbangan wajar apabila berada dalam keadaan terdesak. Kenapa mereka tidak bertindak dengan lebih bijak dalam menangani keadaan ini dari melakukan jenayah? Mungkin mereka tidak didedahkan cara-cara untuk mendapatkan pendapatan yang menguntungkan untuk mereka sebagai contoh dengan menceburi perniagaan.
Jadi, apa pendapat anda pula? Maka fikir-fikirkanlah ya!

Khamis, 12 Jun 2008

Kerja sampingan merendahkan mutu kerja?


Assalamualaikaum semua!
Kerajaan telah membenarkan kakitangan awam membuat kerja sampingan. Bermakna Kerajaan sudah berikan lampu hijau untuk kakitangannya menambahkan pendapatan.
Ada juga komen yang memberikan pendapat tidak setuju kerana akan menjejaskan mutu kerja.
Janganlah sempitkan minda anda. Yang pertama sepatutnya jangan bekerja lebih daripada pukul 11.00pm. Yang kedua, ada jenis-jenis pendapatan sampingan yang tidak membawa kesan pun kepada mutu kerja sepenuh masa. Contoh jika anda buat bisnes Internet dan mail order konvensional hanya di rumah dan masa selalunya kurang dari 4 jam sahaja!
Jadi, apa pendapat anda?

Ahad, 8 Jun 2008

Harga minyak melonjak naik!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Mungkin saya terlambat beberapa hari untuk memberi komen berkenaan hal ini adalah kerana kesibukan kerja harian dan menguruskan laman web baru saya di www.glowglokal.com. Sungguhpun begitu, kehangatan dari kesan kenaikan harga minyak itu amat di rasai bukan sahaja saya, malah seluruh rakyat Malaysia. Pada hari tersebut 5 Jun 2008 ketika itu jam 6.00pm saya mengambil isteri di tempat kerja dan anak saya di rumah ibu mertua saya. Jalan raya penuh sesak! Tempiasnya juga saya rasakan walau saya tidak berniat untuk isi minyak ketika itu.
Jika rakyat Malaysia ini mempunyai cara mengawal dan menguruskan kewangan dengan baik, serta mempunyai pendapatan yang baik, saya rasa masalah kesesakan lalulintas ini tidak berlaku kerana apa yang kita tahu hari itu, pada satu hari itu sahajalah peluang untuk mendapat harga minyak yang sedia ada, sebelum ia naik jam 12.00 malam.
Memang kita rakyat yang kerdil ini tidak dapat mengelak perkara ini untuk terus berlaku. Suara kita tidak begitu kuat untuk menahannya dari terus naik. Tetapi jika kita mempunyai wang yang banyak setiap hari kita mungkin tidak akan berebutkan minyak untuk diisi pada hari tersebut.

Isnin, 26 Mei 2008

Tiru Cara Jutawan?


Salam sejahtera kepada semua!
Ramai yang masih lagi buntu untuk menjana pendapatan yang lumayan dan seterusnya melupakan terus hasrat untuk menjadi jutawan.
Tetapi bagaimana bermulanya jutawan itu menjadi seorang jutawan? Adakah kerana ibu bapanya seorang yang kaya dan seterusnya mereka itu menjadi jutawan hasil dari warisan peninggalan harta ibu bapanya yang kaya? Atau adakah kerana nasib menyebelahi seseorang itu dan seterusnya menjadi jutawan?
Sepanjang pengetahuan saya kebanyakkan jutawan ini bukan bermula dari golongan hartawan atau jutawan. Ramai juga antara mereka yang menjadi jutawan disebabkan usaha mereka dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengubah serta bermatlamat untuk jadi seorang jutawan.
Cara paling mudah adalah dengan hanya meniru sahaja cara jutawan-jutawan sedia ada untuk menjadi jutawan, bagaimana mereka bekerja dan sebagainya. Ada juga yang terus meniru betul-betul keseluruhan jutawan idola mereka bermula cara berpakaian, berjalan, bercakap dan seterusnya. Sikap itu lama kelamaan meresap terus kedalam diri mereka dan seterusnya mereka menjadi jutawan.
Walau bagaimana pun ilmu itu tetap penting sebelum seseorang itu menjadi jutawan...
Gambar diatas adalah gambar saya bersama jutawan Internet Malaysia yang terkenal Dr. Irfan Khairi.

Khamis, 22 Mei 2008

Selamat Datang!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat datang ke blog pertama kami. Kami amat mengalu-alukan komen anda ke ruangan ini bagi berkongsi idea, pendapat dan persoalan dari anda yang kami sanjungi.

Untuk membuat pertanyaan berkenaan idea bisnes dan yang berkaitan, anda bolehlah e melkan kepada kami di alamat successidea4u@gmail.com atau menulis dan menghantarkannya di Daya Glokal Enterprise No.1 Jalan Saujana Bistari 10, Taman Saujana 86000, Kluang, Johor.

Kami amat gembira dengan kehadiran anda ke blog kami!