Ahad, 8 Jun 2008

Harga minyak melonjak naik!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Mungkin saya terlambat beberapa hari untuk memberi komen berkenaan hal ini adalah kerana kesibukan kerja harian dan menguruskan laman web baru saya di www.glowglokal.com. Sungguhpun begitu, kehangatan dari kesan kenaikan harga minyak itu amat di rasai bukan sahaja saya, malah seluruh rakyat Malaysia. Pada hari tersebut 5 Jun 2008 ketika itu jam 6.00pm saya mengambil isteri di tempat kerja dan anak saya di rumah ibu mertua saya. Jalan raya penuh sesak! Tempiasnya juga saya rasakan walau saya tidak berniat untuk isi minyak ketika itu.
Jika rakyat Malaysia ini mempunyai cara mengawal dan menguruskan kewangan dengan baik, serta mempunyai pendapatan yang baik, saya rasa masalah kesesakan lalulintas ini tidak berlaku kerana apa yang kita tahu hari itu, pada satu hari itu sahajalah peluang untuk mendapat harga minyak yang sedia ada, sebelum ia naik jam 12.00 malam.
Memang kita rakyat yang kerdil ini tidak dapat mengelak perkara ini untuk terus berlaku. Suara kita tidak begitu kuat untuk menahannya dari terus naik. Tetapi jika kita mempunyai wang yang banyak setiap hari kita mungkin tidak akan berebutkan minyak untuk diisi pada hari tersebut.

Tiada ulasan: