Isnin, 23 Jun 2008

Rompakan dan samun berpunca dari kesempitan hidup?











Salam sejahtera semua!

Hari ini sahaja (23hb Jun 2008) diakhbar Harian Metro dan warta berita di t.v
terdapat 3 kejadian rompakan di sekitar ibu negara membabitkan rompakan mesin ATM di sebuah stesen minyak, rompakan disebuah restoran terkenal Pizza Hut dan di kedai barangan elektrik terkenal telah berlaku.
Akhir-akhir ini telah semakin banyak kejadian rompakan berlaku. Kes samun menjadi-jadi, kes ragut semakin berleluasa. Persoalannya, kenapa kejadian seperti ini harus berlaku? Apakah kerana rakyat di negara ini tidak diberikan kesempurnaan pelajaran dan pendidikan agama? Atau apakah kerana keadaan ekonomi mendesak untuk mereka melakukan tindakan nekad yang menyalahi undang-undang negara.
Pada pendapat peribadi saya, manusia akan bertindak sesuatu tanpa membuat pertimbangan wajar apabila berada dalam keadaan terdesak. Kenapa mereka tidak bertindak dengan lebih bijak dalam menangani keadaan ini dari melakukan jenayah? Mungkin mereka tidak didedahkan cara-cara untuk mendapatkan pendapatan yang menguntungkan untuk mereka sebagai contoh dengan menceburi perniagaan.
Jadi, apa pendapat anda pula? Maka fikir-fikirkanlah ya!

Tiada ulasan: