Jumaat, 28 November 2008

Eksploitasi Minat dan Peluang Untuk Wang. Bagaimana?




Salam sejahtera rakan-rakan pembaca sekelian!
Ha... Kali ni saya nak kongsikan dengan anda bagaimana cara untuk mengeksploitasi peluang menjadi wang!
Dunia ini penuh wang. Adakah anda semua sedar akan perkara ini? Fakta ini memang benar, cuma kita sahaja tak disedarkan akan hal ini. Kita juga tak nampak peluang yang terhidang kerana ramai di antara kita tidak membuka minda dengan kreatif. Itu semua adalah normal untuk semua orang. Saya juga tidak menyedarinya dahulu. Terdapat pelbagai cara untuk membuka minda untuk jadi kreatif. Yang paling penting, apakah minat dan kecenderungan kita untuk melakukan sesuatu.
Sesuatu yang anda minat akan membuatkan kita membuat sesuatu perkara dengan senang hati dan enjoy! Saya berikan anda contoh jika anda mempunyai minat menanam bunga. Jika anda hanya menanam bunga hanya sebagai minat sahaja ia amat merugikan. Terfikirkah anda dengan minat menanam bunga itu anda boleh hasilkan wang? Jika anda berusaha ke arah ingin jadi kreatif dan inovatif, bunga yang biasa orang lain lihat dengan warna dan rupa yang biasa akan jadi luarbiasa apabila anda jadikan bunga itu spesis baru. Kebiasaannya jika anda minat menanam bunga, anda akan tahu bagaimana untuk menambah koleksi bunga-bungaan anda. Jika tak pun kini mudah untuk anda belajar dari pelbagai sumber. Mungkin dengan mengeksploitasi perkara tersebut anda akan jadi jutawan kerana penemuan terbaru dari anda? Kenapa tak jadikan minat anda ini menjadi wang?


Banyak lagi cara bagaimana anda mengeksploitasi peluang dan kesukaran orang lain menjadi wang untuk anda! Adakah anda tahu? Pencipta pemadam kesalahan ejaan berasaskan cat yang pertama Liquid Paper, adalah seorang wanita yang selalu membuat kesalahan ejaan ketika menaip? Dari kreativiti beliau sendiri dengan hanya membuka sedikit minda untuk kesenangan dirinya telah membuka dimensi baru untuk orang lain, memudahkan orang lain dan juga menjadikan wanita ini kaya dengan hasil ciptaannya. Nampak ideanya kecil, tapi impaknya besar!
Ada juga cerita bagaimana seorang berbangsa India mengeksploitasi kesukaran penduduk sebuah pangsapuri untuk membasuh kereta mereka lalu beliau menawarkan perkhidmatan membasuh kereta di Pangsapuri tersebut dengan mengambil upah. Dahulu dari tiada apa-apa, kini sudah ada van dan pekerja sendiri pula. Anda bagaimana? Jadi, fikir-fikirkanlah...

Ahad, 23 November 2008

Pengaruhi jualan anda dengan Surat Jualan!



Apa khabar semua! Kali ini saya bawakan anda dengan pengaruh Surat Jualan. Surat Jualan bolehlah disama ertikan sebagai katalog, flier, pamplet dan sebagainya. Surat jualan adalah penting untuk bisnes mail order. Surat jualan juga penting untuk bisnes konvensional yang lainnya.

Surat jualan yang baik adalah surat jualan yang efektif kerana dengannya jualan anda akan terhasil malah akan berganda! Tetapi ramai yang mempergunakan surat jualan semata-mata untuk memberikan keuntungan kepada mereka tetapi mempunyai niat hanya untuk mengaut keuntungan peribadi tanpa memikirkan nasib pengguna yang telah membeli produk mereka.

Apa yang dikesalkan produk mereka ini tiada kualiti, tidak mempunyai kesan dan lebih teruk terdapat unsur-unsur penipuan yang tidak disedari pembeli. Ini amat menyedihkan. Surat Jualan mempunyai etikanya yang tersendiri. Ia nya yang pasti mestilah telus agar bisnes yang dijalankan akan terus kekal dan berkembang.

Tidak semestinya untuk mendapatkan keuntungan, surat jualan itu di tulis hanya untuk membuatkan diri orang lain teruja, tetapi yang paling penting fakta yang ditulis itu adalah benar dan bukan sekadar suka-suka tulis untuk 'gempak' dan untuk melariskan jualan walhal nilai produk itu tidak seperti yang diharapkan.

Untuk usahawan SOHO, dan juga untuk mengingatkan diri saya juga, tulislah dengan fakta yang sebenarnya. Masih banyak lagi cara bagaimana untuk menjadikan surat jualan itu kelihatan menarik, teruja dan membuatkan orang membeli.

Khamis, 20 November 2008

Business SOHO. Teknik dan Kegagalan





Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabatku sekelian.

Pertama sekali saya ingin terangkan apakah yang di maksudkan SOHO. Kepada rakan-rakan yang belum ketahui apa makna SOHO itu akan saya terangkan. SOHO bukan bererti Tersohor atau terkenal, ia berasal dari singkatan ayat yang bermaksud Small Office Home Office.

Jadi jika anda terlibat atau ingin melibatkan diri dalam bisnes yang asasnya adalah bekerja dari rumah itulah yang dimaksudkan SOHO. Bekerja dan susun atur pejabat yang dibuat di rumah telah menjadi trend yang amat popular di negara maju. Di Malaysia belum ramai lagi yang menceburi bisnes seperti ini walaupun semakin hari semakin bertambah yang buat bisnes ini.

Ada juga yang dilakukan secara sambilan dan ada juga yang dilakukan sepenuh masa. SOHO pada asasnya terbahagi kepada dua. Yang pertama secara konvensional iaitu seperti mail order, bisnes yang menggunakan medium pengiklanan di akhbar dan majalah sebagai satu cara promosi. Manakala yang ke dua yang ramai sudah ketahui ialah dengan menggunakan medium Internet untuk operasi bisnes. Secara asasnya kedua-duanya amat menitik beratkan soal iklan dan promosi. Jika teknik yang digunakan dengan betul ia akan membuahkan hasil yang lumayan. Tetapi jika di lakukan dengan teknik yang salah, bisnes ini akan gagal dan tak mampu bertahan lama.
Bisnes SOHO ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai modal yang kecil dan yang penting, jika anda seorang pemalu untuk membuat bisnes sebelum ini, SOHO merupakan bisnes yang amat sesuai. Adakah anda ingin ikut jejak langkah jutawan yang sudah menceburi bisnes ini seperti Dr. Irfan Khairi, saudara Alang, dan ramai lagi?