Jumaat, 28 November 2008

Eksploitasi Minat dan Peluang Untuk Wang. Bagaimana?




Salam sejahtera rakan-rakan pembaca sekelian!
Ha... Kali ni saya nak kongsikan dengan anda bagaimana cara untuk mengeksploitasi peluang menjadi wang!
Dunia ini penuh wang. Adakah anda semua sedar akan perkara ini? Fakta ini memang benar, cuma kita sahaja tak disedarkan akan hal ini. Kita juga tak nampak peluang yang terhidang kerana ramai di antara kita tidak membuka minda dengan kreatif. Itu semua adalah normal untuk semua orang. Saya juga tidak menyedarinya dahulu. Terdapat pelbagai cara untuk membuka minda untuk jadi kreatif. Yang paling penting, apakah minat dan kecenderungan kita untuk melakukan sesuatu.
Sesuatu yang anda minat akan membuatkan kita membuat sesuatu perkara dengan senang hati dan enjoy! Saya berikan anda contoh jika anda mempunyai minat menanam bunga. Jika anda hanya menanam bunga hanya sebagai minat sahaja ia amat merugikan. Terfikirkah anda dengan minat menanam bunga itu anda boleh hasilkan wang? Jika anda berusaha ke arah ingin jadi kreatif dan inovatif, bunga yang biasa orang lain lihat dengan warna dan rupa yang biasa akan jadi luarbiasa apabila anda jadikan bunga itu spesis baru. Kebiasaannya jika anda minat menanam bunga, anda akan tahu bagaimana untuk menambah koleksi bunga-bungaan anda. Jika tak pun kini mudah untuk anda belajar dari pelbagai sumber. Mungkin dengan mengeksploitasi perkara tersebut anda akan jadi jutawan kerana penemuan terbaru dari anda? Kenapa tak jadikan minat anda ini menjadi wang?


Banyak lagi cara bagaimana anda mengeksploitasi peluang dan kesukaran orang lain menjadi wang untuk anda! Adakah anda tahu? Pencipta pemadam kesalahan ejaan berasaskan cat yang pertama Liquid Paper, adalah seorang wanita yang selalu membuat kesalahan ejaan ketika menaip? Dari kreativiti beliau sendiri dengan hanya membuka sedikit minda untuk kesenangan dirinya telah membuka dimensi baru untuk orang lain, memudahkan orang lain dan juga menjadikan wanita ini kaya dengan hasil ciptaannya. Nampak ideanya kecil, tapi impaknya besar!
Ada juga cerita bagaimana seorang berbangsa India mengeksploitasi kesukaran penduduk sebuah pangsapuri untuk membasuh kereta mereka lalu beliau menawarkan perkhidmatan membasuh kereta di Pangsapuri tersebut dengan mengambil upah. Dahulu dari tiada apa-apa, kini sudah ada van dan pekerja sendiri pula. Anda bagaimana? Jadi, fikir-fikirkanlah...

Tiada ulasan: