Isnin, 8 Disember 2008

Datuk Shah Rukh Khan Berpakaian Baju Melayu

Darjah atau gelaran Datuk/Dato'/Tan Sri dan sebagainya adalah diberikan penganugerahannya oleh Yang Di Pertua atau DYMM Sultan setiap negeri di Malaysia. Ia diberikan adalah berdasarkan beberapa sebab antaranya anugerah kerana sumbangan, perkhidmatan, jasa, kejayaan dalam beberapa bidang, kemashuran serta kekayaan dan sebagainya.

Apabila anugerah ini diterima ia akan menaikkan martabat dan nilai diri seseorang. Penganugerahan darjah kebesaran ini juga adalah sebagai menghargai sumbangan penerima untuk negeri khususnya dan negara secara amnya. Kelebihannya, mengikut kebiasaan rezeki semakin mencurah-curah kerana umum akan lebih mengenali dan banyak perkara berjaya memberikan impak positif kepada diri penerima anugerah.

Penganugerahan darjah Datuk kepada Datuk Shah Rukh Khan memberikan pendapat yang berbeza di kalangan ahli Parlimen sendiri. Adakah anda bersetuju dengan penganugerahan gelaran Datuk kepada Datuk Shah Rukh Khan? Adakah selama sebelum Datuk Shah Rukh Khan mendapat gelaran Datuk beliau banyak menyumbangkan sesuatu untuk Malaysia?

Atau adakah benar selepas mendapat gelaran Datuk, Datuk Shah Rukh Khan akan memberikan impak yang besar ekonomi yang positif untuk negeri Melaka atau negara ini? Atau setidak-tidaknya sumbangannya akan berjaya memberikan sesuatu yang bernilai untuk Malaysia kini atau masa hadapan negara ini? Jika Datuk Michelle Yeoh seorang pelakon hebat yang dikenali seluruh dunia mendapat gelaran Datuk kita mungkin bersetuju kerana Datuk Michelle Yeoh asalnya adalah kelahiran Malaysia. Pendapat anda bagaimana?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak setuju langsung :p

Nama Anda berkata...

Pada saya, sepatutnya perlu di lihat sumbangan ikhlas seseorang baru puashati untuk di berikan sebarang anugerah!