Isnin, 26 Mei 2008

Tiru Cara Jutawan?


Salam sejahtera kepada semua!
Ramai yang masih lagi buntu untuk menjana pendapatan yang lumayan dan seterusnya melupakan terus hasrat untuk menjadi jutawan.
Tetapi bagaimana bermulanya jutawan itu menjadi seorang jutawan? Adakah kerana ibu bapanya seorang yang kaya dan seterusnya mereka itu menjadi jutawan hasil dari warisan peninggalan harta ibu bapanya yang kaya? Atau adakah kerana nasib menyebelahi seseorang itu dan seterusnya menjadi jutawan?
Sepanjang pengetahuan saya kebanyakkan jutawan ini bukan bermula dari golongan hartawan atau jutawan. Ramai juga antara mereka yang menjadi jutawan disebabkan usaha mereka dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengubah serta bermatlamat untuk jadi seorang jutawan.
Cara paling mudah adalah dengan hanya meniru sahaja cara jutawan-jutawan sedia ada untuk menjadi jutawan, bagaimana mereka bekerja dan sebagainya. Ada juga yang terus meniru betul-betul keseluruhan jutawan idola mereka bermula cara berpakaian, berjalan, bercakap dan seterusnya. Sikap itu lama kelamaan meresap terus kedalam diri mereka dan seterusnya mereka menjadi jutawan.
Walau bagaimana pun ilmu itu tetap penting sebelum seseorang itu menjadi jutawan...
Gambar diatas adalah gambar saya bersama jutawan Internet Malaysia yang terkenal Dr. Irfan Khairi.

3 ulasan:

Nama Anda berkata...

Upsss... Maaf kerana lupa nak beritahu, di sebelah saya itu adalah saya bergambar bersama jutawan Internet terkenal Malaysia siapa lagi ...Dr. irfan Khairi lah...

Tanpa Nama berkata...

Perlu untuk meniru cara jutawan. Tetapi bukan untuk peperiksaan...

zack

PuteraTenaga berkata...

hai jai,

Salam perkenalan.Macam familiar muka u. So apa yg u dah perolehi hasil didikan IK? Betul ke apa yg diperkatakan?

Jawap di site saya k
www.puteratenaga.myportal.my