Sabtu, 13 Disember 2008

Guna Apa Sahaja Cara Untuk Berjaya!

Salam sejahtera rakan-rakan pembaca!

Jika hendakkan kejayaan walau apa jua bidang yang kita inginkan, anda perlukan matlamat yang jelas serta berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Pengalaman kerja saya sebagai juruteknik dahulu adalah untuk menjalankan sebuah mesin yang rosak sehingga dapat digunakan dan menghasilkan produk untuk syarikat.

Kerja saya amat menitik beratkan kepantasan membuat sebarang keputusan agar jentera yang dibaiki dengan segera dapat digunakan kerana produk serta keuntungan syarikat adalah bergantung kepada kepantasan saya membaikinya.

Saya selalu berhadapan dengan ketiadaan barang gantian sekiranya terdapat kerosakan. Apa yang perlu saya buat ketika itu adalah supaya mesin dapat diperbaiki walau dengan apa cara sekali pun. Saya biasa dengan tindakan itu dengan daya kreativiti serta berusaha mencari jalan untuk menyiapkan kerja secepat yang mungkin.

Dan hasilnya apabila ada kesungguhan dan selalu melakukannya saya dapat mengatasi banyak masalah berkaitannya. Rakan tersenyum bangga, Bos memuji dan saya berasa amat puas dengan hasil yang saya dapat selesaikan. Begitu juga dengan kehidupan dan bisnes. Buatlah apa sahaja cara anda agar berjaya seperti apa yang anda impikan!

P/s: Jangan buat sesuatu yang salah di sisi agama atau melanggar undang-undang sudahlah ya!?

3 ulasan:

Bisnes Harian berkata...

salam, blog kita lbih kurg la. ;)
btw, i like urs
im going to link u

Tanpa Nama berkata...

betul tu,buat ape sahaja asal berjaya..tak perlu bertangguh2 kerana setiap saat anda tangguh maka setiap saat la wang anda berlalu begitu sahaja

Tanpa Nama berkata...

TQ Bisnes Harian, dan kepada PeminatJutawanMalaysia, memang sepatutnya perkara ini ada pada setiap warga negara ini, baru meriah kan?