Khamis, 20 November 2008

Business SOHO. Teknik dan Kegagalan





Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabatku sekelian.

Pertama sekali saya ingin terangkan apakah yang di maksudkan SOHO. Kepada rakan-rakan yang belum ketahui apa makna SOHO itu akan saya terangkan. SOHO bukan bererti Tersohor atau terkenal, ia berasal dari singkatan ayat yang bermaksud Small Office Home Office.

Jadi jika anda terlibat atau ingin melibatkan diri dalam bisnes yang asasnya adalah bekerja dari rumah itulah yang dimaksudkan SOHO. Bekerja dan susun atur pejabat yang dibuat di rumah telah menjadi trend yang amat popular di negara maju. Di Malaysia belum ramai lagi yang menceburi bisnes seperti ini walaupun semakin hari semakin bertambah yang buat bisnes ini.

Ada juga yang dilakukan secara sambilan dan ada juga yang dilakukan sepenuh masa. SOHO pada asasnya terbahagi kepada dua. Yang pertama secara konvensional iaitu seperti mail order, bisnes yang menggunakan medium pengiklanan di akhbar dan majalah sebagai satu cara promosi. Manakala yang ke dua yang ramai sudah ketahui ialah dengan menggunakan medium Internet untuk operasi bisnes. Secara asasnya kedua-duanya amat menitik beratkan soal iklan dan promosi. Jika teknik yang digunakan dengan betul ia akan membuahkan hasil yang lumayan. Tetapi jika di lakukan dengan teknik yang salah, bisnes ini akan gagal dan tak mampu bertahan lama.
Bisnes SOHO ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai modal yang kecil dan yang penting, jika anda seorang pemalu untuk membuat bisnes sebelum ini, SOHO merupakan bisnes yang amat sesuai. Adakah anda ingin ikut jejak langkah jutawan yang sudah menceburi bisnes ini seperti Dr. Irfan Khairi, saudara Alang, dan ramai lagi?

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masih meniti titian untuk sampai ke destinasi kejayaan.

Jai berkata...

Saya mempunyai matlamat jelas dalam bisnes ini. InsyaAllah ia akan jadi kenyataan juga.

Jai berkata...

Ya, walau apa jua bisnes perlukan ilmu dan kemahuan yang kuat untuk melakukannya.

Hayat berkata...

Salam..

Bagus..ada masa untuk menulis..saya ni..alahaiii..

Jai berkata...

Takpe Hj Hayat, jika bisnes berjalan lancar dan kita perlu utamakan pelanggan kan? Jadi tak perlu risau untuk menulis. Tetapi cuba untuk luangkannya juga yek?

Asira berkata...

ermmmm blog yg menarik...boleh dtg sokmo!

Asira berkata...

saya ambik untuk rujukan boley ke...terim kasih...info menarik gitu!

p/s;nanti saya bagi kredit yer!

Jai berkata...

Untuk semua... boleh ajer...

Jai berkata...

untuk putera tenaga, Asira, dan rakan-rakan lain terimakasih atas sokongan anda. Emmm. Putera Tenaga familiar ke muka saya ni...? Tapi di mana ya? heheh..:)